Saturday, May 16, 2009

SAMAN!SAMAN!SAMAN!

petikan mStar Online

Anifah: Anwar pernah tawar jawatan TPM bentuk Kerajaan Persekutuan

WASHINGTON: Menteri Luar Datuk Anifah Aman membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menceritakan keadaan sebenar mengenai Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Anda tahu, kami mempunyai kepercayaan teguh terhadap sistem kehakiman kami. Mengenai Anwar Ibrahim, kita amat mengenalinya. Lebih atau kurang, apa yang dia (Anwar) telah nyatakan khususnya di luar negara, banyak perkara yang diperkatakan adalah tidak benar.

"Dia telah berulang kali menyatakan sebelum pilihan raya bahawa dia akan memberikan bukti dan namum sehingga hari ini, dia tidak memberikan apaapa," katanya ketika menjawab soalan seorang wartawan pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di sini,semalam.

Sebelum ini, Anwar telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 Sept lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.

"Dia cuba memujuk ahliahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) timbalan perdana menteri.

"Ini semua tidak diketahui oleh dunia umum sehingga sekarang," katanya.

Anifah berkata kerajaan Malaysia amat bimbang dengan tindakan Anwar merosakkan imej negara ketika berada di luar negara.

"Dia memberi gambaran salah secara berterusan dan menuduh semua pegawai kerajaan sebagai rasuah," katanya. BERNAMA

Anwar nafi dakwaan Anifah, minta tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Luar Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan timbalan perdana menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan di sini hari ini, peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya menteri luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington pada Khamis, Anifah berkata beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai Pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar


Inilah belang Anwar Ibrahim.Dia boleh cakap apa saja.Bila orang sentuh pasal dia,minta peguam saman.poorah.Pengamal demokrasi tahi minyak.Nak jadi hero konon.Sudahlah Anwar oi.BERTAUBATlah sebelum terlambat.Minta maaf pada mereka yang hang buat fitnah.Terutama kepada kepada pengundipengundi UMNO dan BN yang pernah mengangkat hang dulu.Takut nanti segala amal tergantung.Jadi umat yang bengkrap diakhirat.Tak semua orang boleh ditipu.Sedarlah dengan sesedarsedarnya.

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Tuan,

Belang Pak Rimau, jelas terbentang. Kita pun tahu dia memang Pak Rimau. Nampak kelibat pun kita dah lari..

Tapi "Belang" Manusia???...Nampak saja baik tak berdosa...

Saman atas Saman, itulah kerja mereka..